Burung Botak Kecil
Burung Botak Kecil

Burung Botak Kecil

Burung Botak Kecil, Leptoptilos javanicus, merupakan sejenis burung randuk yang besar daripada famili Ciconiidae. Nama saintifiknya Leptoptilos javanicus[1]. Ia juga dikenali sebagai burung Botak Babi dan merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. [2]Spesies ini merupakan spesies yang tersebar luas dan membiak tetap di selatan Asia dari timur India ke keselatan China dan pulau Jawa. Populasi burung Botak Besar tersebar selepas musim membiak.. Menurut statistik Majlis Pemuliharaan Burung, Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia, adanya 250 ekor Burung Botak di Malaysia, dengan 66 ekor terdapat di negeri Johor. [3]Burung botak ini memiliki paruh berbentuk baji yang besar, kepala togel, dan saku leher yang jelas. Semasa siang hari, ia melayang di lapisan haba bersama-sama pemangsa yang mereka berkongsi kelakuan memakan bangkai. Ia makan terutamanya pada bangkai dan najis; bagaimanapun mereka sentiasa mengambil peluang dan kadang kala memburu vertebrates. Nama Inggeris diambil dari langkah "ketenteraan" kaku apabila berjalan di tanah.Burung Botak merupakan burung yang besar, biasanya setinggi 110–120 cm (43–48 inci), seberat sekitar 5 kg (11 paun) dan memiliki lebar sayap 210 cm (83 inci). Ia bagaimanapun,ahli terkecil dalam genus Leptoptilos. Bahagian atas badan dan sayap adalah hitam, tetapi perut dan bawah ekor bewarna putih. Kepala dan leher togel seperti burung pemakan bangkai burung hering. Paruhnya pucat, panjang, dan tebal. Burung muda merupakan versi lebih muram burung yang matang.Kebanyakan burung pucung terbang dengan leher mereka menjulur, tetapi tiga spesies Leptoptilos menarik leher mereka ketika terbang, kemungkinannya disebabkan paruh mereka yang berat.[4] Ketika berjalan di tanah, ia memiliki langkah berbaris dari mana nama Inggeris "adjutant" di ambil.[5]Burung Botak membiak di kawasan berpaya di tanah rendah tropika. Ia membina sarang ranting pada pokok. Ia sering bersarang beramai-ramai dan membentuk koloni-koloni kecil.

Rujukan

WikiPedia: Burung Botak Kecil http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&sa=... http://elibrary.unm.edu/sora/Auk/v088n04/p0723-p07... http://books.google.com.my/books?id=gKfkbf9fPUYC&p... http://www.jphpk.gov.my/English/Mar06%2014b.htm http://www.wildasia.net/downloads/bird_list_kuala_... http://www.archive.org/stream/animallocomotion00un... http://www.archive.org/stream/ibis03brit#page/224/... http://www.birdlife.org/datazone/species/index.htm... //doi.org/10.1111%2Fj.1474-919X.1861.tb07456.x http://www.iucnredlist.org